Pages

Friday, April 26, 2013

My hOmeMade NASI AYAM



Bahan-bahan

Bahan rebusan ayam:

2 bahagian peha ayam
2 ulas bawang putih
2 cm halia diketuk

Bahan perapan:

1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit minyak bijan
1 cm halia ditumbuk

ayam dipotong, bersihkan dan lumur dengan 2 ulas bwang ptih dan halia yang ditumbuk/diketuk. rebus ayam tersebut hingga masak atau empuk.
toskan ayam dan perap dengan bahan perapan, tabur sedikit gula dan garam atau madu.perap selama 20 minit dalam peti ais.
goreng hingga keperangan, jangan terlalu garing sebab ayam akan jadi keras isinya.pastikan sedang2 jer.
angkat ayam dan ketuk sedikit sebelum dihidangkan.

Bahan nasi:

2 cawan beras
3 sudu besar butter/marjerin
1 cm halia ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit garam
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 kayu manis
1 btg serai
1 helai daun pandan
pewarna kuning
air rebusan ayam (bahan utama tuk nasi, sos dan kicap)

basuh beras dan toskan. panaskan butter, tumis bahan penumis,serai, halia dan bawang putih hingga garing
masukkan beras dan goreng sekejap sehingga naik bau.masukkan air rebusan ayam,garam dan sedikit pewarna.biarkan sehingga masak.

bahan sos/cili:
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 sudu teh cuka, garam, dan gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam.

kisar semua bahan di atas.

bahan kicap:
  • kicap manis
  • kicap masin
  • air rebusan
campur semua bahan tersebut

Bahan sup:
  • rempah sup
  • 1 biji bawang putih
  • 2 biji bawang merah 
  • garam
  • daun sup dihiris
  • bawang goreng
  • (nak guna rempah kasar pun blh tuk tumisan)

 Tumis bawang putih dan bawang merah. masukkan serbuk/rempah sup.tumis seketika.
masukkan air dan garam. Biarkan ia masak dan mendidih.sebelum dihidangkan boleh lah masukkan daun sup dan bawang goreng


haaa...siap... hidangkan bersama tomato, timun dan daun salad...






Wednesday, April 10, 2013

Wrap gulung Sosej


wrap gulung sosej neh sebenarnya dah lame dh buat tuk breakfast tapi ni baru dapat share gambar dan resepi sekali...
simple sgt...bdk2 msti suke...jom kite cuba buat wrap neh...


Bahan-bahan:

kepingan wrap
daun salad
sosej
sos cili
sos black paper
mayonis

Cara membuat:

rebus sosej sehingga masak,tos dan ketepikan.
panaskan kepingan wrap dia ats kuali tanpa minyak
selepas itu, amik kulit wrap tersebut dan sapukan dengan mayonis,sos cili dan sos black paper,letakkan daun salad dan sosej...
gulung wrap ngan bahan2 tersebut.potong wrap tersebut kepada dua bahagian macam gambar kat atas tuh...
hehehe...
simple kan...selamat mencuba...



Sunday, April 7, 2013

Mi Kari

lama tol tak makan mi kari,al maklum lah bila yang bersantan ni kurang ckit nak mkn tp...tiba-tiba je rasa nak try masak mi kari...ni lah percubaan pertama...alhamdulillah menjadi...hehe...


Bahan kuah:

  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 5 tangkai cili kering*
  • 3 sudu rempah kari
  • isi ayam di potong
  • bebola ikan
  • 1 mangkuk santan cair
  • garam dan gula secukup rasa
     (bahan yang bertanda * dikisar)

Bahan lain:
  • 1 biji telur rebus
  • sawi
  • mi kuning
  • tauhu kering

Cara membuatnya:
  1. tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau
  2. masukkan pula rempah kari dan tumis seketika
  3. masukkan isi ayam,biar seketika
  4. masukkan santan cair dan sedikit air,biar mendidih,masukkan bebola ikan,garam,gula secukup rasa
  5. angkat dan boleh lah dihidangkan bersama mi kuning dan sawi yang telah dicelur