Pages

Thursday, June 13, 2013

Tepung Kapur Makanan Tradisi T'Ganu


Salam ceria semua...korang penah dengar tepung kapur. haaa...ni lah makanan tradisi yang berasal dari terengganu...biasa makanan ni kita buat tuk sarapan pagi...kedai kopi, warung, pasar tani biasa akan ada jual tepung kapur ni...rasa nya manis-manis lemak. jom kali ni rasa nak kongsi resepi my mum neh...

 
Bahan-bahan: 

  • 4 cawan tepung kapur
  • 3 cawan air
  • 1 keping manisan atau 1 cawan setengah gula melaka 
  • satu sudu kecil kapur makan
  • garam secukup rasa
  • kelapa parut

Cara Memasak:
  1. cairkan manisan dengan air di atas api yang sederhana. ketepikan dan sejukkan seketika
  2. masukkan manisan tersebut dengan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga sebati. masukkan pula kapur makan yang dicampur dengan air. 
  3. rasakan pula dengan sedikit garam untuk bagi lemak sedikit.
  4. kacau adunan sehingga sebati, jangan terlalu pekat atau cair,sederhana sahaja.
  5. setelah siap masukkan didalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
  6. kukus selama 30-40 minit atau sehingga masak.
  7. pastikan air kukusan mendidih dahulu baru kukus adunan tersebut.
  8. setelah masak, potong mengikut kesukaan dan gaul dengan kelapa parut.
  9. sedia dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang