Pages

Friday, April 18, 2014

NASI AYAM AYU



Bahan-bahan 
(untuk 2-3 orang)

Bahan rebusan ayam:

2 bahagian peha ayam/atau ikut citarasa sendiri
2 ulas bawang putih
2 cm halia diketuk

ayam dipotong, dibersihkan dan masukkan ke dalam periuk bersama ayam dan air.pastikan air melebihi isi ayam. masukkan 2 ulas bawang putih dan halia yang telah diketuk/tumbuk. rebus sehingga ayam masak dan air mendidih. toskan ayam setelah masak,simpan air rebusan tadi.

bahan perapan:

1 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit minyak bijan
1 cm halia ditumbuk
garam
gula/madu

ayam yang ditoskan tadi diperap dengan bahan perapan di atas. perap selama 20 minit dalam peti ais.
selepas itu, goreng ayam tersebut hingga keperangan,jangan terlalu garing sebab ayam akan jadi keras isinya. sedang2 jer.
angkat ayam dan ketuk sedikit sebelum dihidangkan.

bahan nasi:

2/3 cawan beras
3 sudu besar marjerin/mentega
1 cm halia ditumbuk*
3 ulas bawang putih ditumbuk*
sedikit garam
2 bunga lawang*
2 biji buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai (tak ada pun tak pe)*
1 helai daun pandan(tak ada pun tak pe)
pewarna kuning (tak ada pun tak pe)
air rebusan ayam

basuh beras dan toskan. masukkan air rebusan ayam tadi,pastikan air rebusan di tapis terlebih dahulu. simpan sedikit air rebusan tuk buat sos kicap. ketepikan beras td. panaskan kuali,masukkan marjerin/mentega, tumis bahan2 yang bertanda (*) .hingga naik bau dan bawang putih sedikit garing.
masukkan bahan tumisan ni ke dalam beras tadi. masukkan sedikit garam dan gula mengikut rasa sendiri bersama sedikit pewarna kuning sekiranya ada dan daun pandan. kacau hingga garam dan gula sebati.
boleh lah di masak di dalam rice cooker.

bahan sos/cili:

3 biji cili merah yang besar
6 cili padi/merah yang kecik
3 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1/2 cawan air masak
sedikit belacan sekiranya suka

kisar semua bahan di atas. rasa mengikut citarasa sendiri.

bahan kicap:

2 sudu kicap manis
1/2 sudu kicap masin (sekiranya ada)
sedikit air rebusan ayam

campur semua bahan tersebut

bahan kuah sup:

1 bungkus sup bunjut/kiub pati ayam sup
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 cm halia
daun sup dihiris
garam
perasa
rempah kasar untuk tumisan (sekiranya tak nak pun tak pe)
sedikit isi ayam/tulang jika nak

tumis bawang putih, merah,halia dan rempah kasar. tumis seketika.
masukkan air mengikut sukatan yang diperlukan, garam dan perasa. masukkan sup bunjut/kiub ayam. masukkan sedikit isi ayam/bahagian tulang. rasanya lagi sedap sebab rasa sup lagi sedap. biarkan ia masak dan mendidih.
pastikan anda merasa sup anda sehingga cukup rasanya.
sup dah siap, sebelum dihidangkan masukkan daun sup yang dihiris halus tadi.
hidangkan bersama tomata,timun, dan salad.