Pages

Monday, May 12, 2014

NASI TOMATO AYU

Salam cuti umum semua...

hari ini walaupun cuti umum sempena hari wesak tapi saya masih bekerja jugak, hari ni saya ada taklimat di ladang ceneh, nak tarik diorang sambung belajar, tapi  bila call nak confirm kan jadi ke tak rupa nya ramai pulak yang cuti hari ni. so alang-alang ada kat ofis ni, rasanya nak kongsikan resepi nasi tomato lak pulak...



bahan-bahan (nasi)
(2 hidangan)

  • beras 2 cawan
  • 1 sudu susu pekat/cair
  • air
  • 3 sudu sos tomato
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1/2 biji bawang besar*
  • rempah kasar (bunga cengkih,kayu manis,bunga lawang,buah pelaga)
  • mentega
  • garam
  • perasa
*dihiris halus

cara memasak:
  1. bersihkan beras dan ketepikan
  2. panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng rempah kasar bersama bahan yang dihiris halus, goreng hingga layu dan naik bau. selepas itu masukkan ke dalam periuk yang berisi beras tadi. ketepikan
  3. sediakan sukatan air berdasarkan sukatan air yg biasa korang masak nasi. masukkan sos tomato,susu, garam dan perasa dalam air tersebut, kacau sehingga sebati dan cukup rasa.
  4. selepas itu,masukkan air tersebut ke dalam periuk yang berisi beras, kacau sebati dan sedia untuk di masak dalam rice cooker.
  5. pastikan air yang di campur dengan bahan2 tersebut tadi sama dengan sukatan korang masak nasi sebelum ni. sebab setiap beras tak sama sukatan air,terpulang nak nasi tersebut keras atau sebaliknya...
  6. setelah masak, kacau nasi tersebut biar sebati dan biar seketika. selepas itu boleh lah dihidangkan.
  7. kalau nak wangi boleh lah masukkan daun pandan.
Bahan- bahan (ayam masak merah)

  • 4 ketul ayam (dilumur kunyit dan digoreng separuh masak)
  • 1 inci halia*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu cili kisar
  • bahan bertanda * dikisar
  • garam dan perasa
  • gula melaka/nisan
  • cili merah
  1. ketepikan ayam yang digoreng
  2. panaskan kuali,masukkan bahan yang dikisar bersama cili kisar/cili boh. goreng sehingga garing dan keluar minyak
  3. masukkan sos tomato,sos cili beserta air, sukatan air tepulang sekiranya nak kuah lebih atau sebaliknya. masukkan ayam beserta nisan/gula melaka, garam dan perasa. biarkan ia kuah mendidih dan sedikit kering. yang penting rasa sebati dan kuah sebati dengan ayam.
  4. akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan cili merah sebagai hiasan.
  5. setelah korang rasa semua dah sebati sedappp...boleh lah dihidangkan bersama nasi tomato, acar mentah dan papadom
saya tak gunakan gula sebab manis nisan/gula melaka lagi sedap sebenarnya...
 
acar timun/acar mentah:
  • 1 biji timun (di buang biji tengah dan hiris memanjang)
  • cuka
  • belacan
  • garam
  • gula
  • perasa
  • lobak merah*
  • 1 ulas bawang merah dan bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • cili merah*
  • bertanda * di hiris halus

campurkan 2 sudu cuka bersama bawang merah,putih,halia,belacan,gula,garam dan perasa. kacau sebati. selepas itu, masukkan timun, lobak dan cili merah. kacau sebati dan biarkan seketika supaya ia menyerap kesemua bahan tersebut.

Friday, May 9, 2014

LAKSA PENANG

Salam jumaat...
sejak dua menjak neh rindu pula masakan dr ibu kat kampung...tapi jauh sangat nak balik...nak suruh datang sini pun,ibu baru je balik dari kampung sebab temankan anak dia kat sini.hehehe...akhirnya terpaksa lah masak sendiri tuk hilangkan hajat dan mengidam ni...misi kali ini membuat laksa penang ala2 ayu.hehe...jom sy mau kongsi resepi seterusnya...





Bahan-bahan (1-2 hidangan): 

  • laksa beras 1 paket
  • 3 ekor ikan selayang
  • 1 genggam daun kesom
  • 2 batang bunga kantan (dibelah 2)
  • 3-4 keping asam gelugor
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan
  • garam
  • perasa
  • air

Bahan hiasan/tambahan:

  • Telur (rebus)
  • Timun (dihiris halus)
  • Daun salad (dihiris halus)
  • Cili Padi/cili besar (dihiris)
*boleh guna Laksa basah atau kering, kalau laksa kering korang perlu rendam dulu dan rebus sehingga lembut. laksa basah sy just rendam kejap dlm air panas.

 

Cara memasak Kuah: 
  1. rebuskan ikan yang telah di bersihkan. setelah masak ketepikan ikan yang telah masak tadi,asingkan isi ikan dan tumbuk isi tersebut. jangan lupa simpan air rebusan ikan tadi ye.
  2. kisar bawang merah,bawang besar.masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama cili kisar dan air rebusan.
  3. tambah lagi air biasa ke dalam periuk.sukatan kuah terpulang atas citarasa sama ada nak pekat atau cair tapi kuah laksa sedap pekat, sebab akan rase isi ikan...mabelesss...hehe
  4. masukkan kesemua bahan seperti belacan,daun kesom, bunga kantan, asam gelugor garam dan perasa.
  5. masak kuah tersebut sehingga sebati dan mendidih. pastikan kuah dirasa sesedap citarasa sendiri. setelah masak boleh matikan api.
  6. akhir sekali hidangkan bersama laksa dan bahan-bahan hiasan yang ada kat atas tu. kalau ada nenas lagi sedap.

 





Friday, April 18, 2014

NASI AYAM AYU



Bahan-bahan 
(untuk 2-3 orang)

Bahan rebusan ayam:

2 bahagian peha ayam/atau ikut citarasa sendiri
2 ulas bawang putih
2 cm halia diketuk

ayam dipotong, dibersihkan dan masukkan ke dalam periuk bersama ayam dan air.pastikan air melebihi isi ayam. masukkan 2 ulas bawang putih dan halia yang telah diketuk/tumbuk. rebus sehingga ayam masak dan air mendidih. toskan ayam setelah masak,simpan air rebusan tadi.

bahan perapan:

1 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit minyak bijan
1 cm halia ditumbuk
garam
gula/madu

ayam yang ditoskan tadi diperap dengan bahan perapan di atas. perap selama 20 minit dalam peti ais.
selepas itu, goreng ayam tersebut hingga keperangan,jangan terlalu garing sebab ayam akan jadi keras isinya. sedang2 jer.
angkat ayam dan ketuk sedikit sebelum dihidangkan.

bahan nasi:

2/3 cawan beras
3 sudu besar marjerin/mentega
1 cm halia ditumbuk*
3 ulas bawang putih ditumbuk*
sedikit garam
2 bunga lawang*
2 biji buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai (tak ada pun tak pe)*
1 helai daun pandan(tak ada pun tak pe)
pewarna kuning (tak ada pun tak pe)
air rebusan ayam

basuh beras dan toskan. masukkan air rebusan ayam tadi,pastikan air rebusan di tapis terlebih dahulu. simpan sedikit air rebusan tuk buat sos kicap. ketepikan beras td. panaskan kuali,masukkan marjerin/mentega, tumis bahan2 yang bertanda (*) .hingga naik bau dan bawang putih sedikit garing.
masukkan bahan tumisan ni ke dalam beras tadi. masukkan sedikit garam dan gula mengikut rasa sendiri bersama sedikit pewarna kuning sekiranya ada dan daun pandan. kacau hingga garam dan gula sebati.
boleh lah di masak di dalam rice cooker.

bahan sos/cili:

3 biji cili merah yang besar
6 cili padi/merah yang kecik
3 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1/2 cawan air masak
sedikit belacan sekiranya suka

kisar semua bahan di atas. rasa mengikut citarasa sendiri.

bahan kicap:

2 sudu kicap manis
1/2 sudu kicap masin (sekiranya ada)
sedikit air rebusan ayam

campur semua bahan tersebut

bahan kuah sup:

1 bungkus sup bunjut/kiub pati ayam sup
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 cm halia
daun sup dihiris
garam
perasa
rempah kasar untuk tumisan (sekiranya tak nak pun tak pe)
sedikit isi ayam/tulang jika nak

tumis bawang putih, merah,halia dan rempah kasar. tumis seketika.
masukkan air mengikut sukatan yang diperlukan, garam dan perasa. masukkan sup bunjut/kiub ayam. masukkan sedikit isi ayam/bahagian tulang. rasanya lagi sedap sebab rasa sup lagi sedap. biarkan ia masak dan mendidih.
pastikan anda merasa sup anda sehingga cukup rasanya.
sup dah siap, sebelum dihidangkan masukkan daun sup yang dihiris halus tadi.
hidangkan bersama tomata,timun, dan salad.