Pages

Friday, December 31, 2010

KUIH CEK MEK TERENGGANU

Kalau mak ayu beli ubi keledek, ayu pantang... terus nak buat kuih neh...kdg2 tak cukup...hehehe...

Bahan-bahan:
1. ubi keledek
2. tepung gandum
3. gula
4. garam
5. minyak

Cara memasak:
1. kupas ubi, potong dan rebus sehingga empuk (jgn terlalu empuk nnt susah nk bentukkan coz lembik sgt)
2. lepas empuk, toskan dan lenyek ubi td atau tumbuk
3. masukkan tepung gandum ke dlm ubi yg di lenyek td
4. masukkan sdikit garam, gaul rata sehingga adunan sebati
5. bentukkan adunan, masukkan gula di tgh kuih td selepas anda bentukkan, lepas tuh baru bentukkan menjdi bujur.
6. goreng kuih td sehingga masak atau kekuningan.
7. sedia di hidangkan panas2

+gula di dalam nya akan cair, so makna nya kuih tuh masak+
+semasa membentuk kuih neh, gunakan tepung gandum di tapak tgn supaya ia tidak melekat+

p/s: kuih neh sedap sekiranya mkn smasa msih panas.

AYAM MASAK SOS TIRAM

Resepi paling senang nak masak...dari kak ipar ayu sendiri...katenya, kalau malas sgt nak masak yang rumit2, masak jer neh... 

Bahan-bahan:

1. 5 ketul ayam (potong kecil2 atau ikut citarasa sendiri)
2. 2 sudu besar sos tiram
3. sedikit gula dan garam
4. 4 biji bawang merah
5. 3 biji bawang putih
6. 2 hirisan halia
7. 2 biji ubi kentang
8. cili padi/lada hitam
9. 2 gelas air

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, putih dan halia yang telah di hiris.
2. Selepas naik bau, masukkan air dan ubi kentang yang telah di potong dadu.
3. Biar seketika, masukkan pula sos tiram, sedikit gula, garam dan ayam yang telah di potong, seterusnya masukkan cili padi/lada hitam untuk sesiapa yang suka pedas.
4. Biarkan ayam masak, ubi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat.
5. Sedia di hidangkan

p/s: anda juge boleh gantikan ubi dengan sayur yang sesuai atau cendawan. Selain tuh, boleh tambahkan bunga lawang, cengkih dan kayu manis semasa menumis.

CHAR KUE TEOW

Terkenangkan char kue teow kt bawah Flat yg ayu sewa time study dulu... Favorite tuhh...walaupun sampai sekarang ayu tak taw per resepi istimewa kt kedai tuh, tp it is the best bg ayu...

Bahan-bahan:

1. Kue teow
2. 3 ekor udang
3. Sedikit kerang
4. 1 sudu cili boh/cili kering yg dikisar
5. Daun kucai dan taugeh
6. Telur
7. Kicap pekat
8. Kicap cair
9. Air rebusan udang/ air biasa
10. Cili padi
Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis udang seketika.
2. Masukkan cili boh/cili kering yang dikisar dan kacau rata.
3. Masukkan kue teow, daun kucai, kerang, taugeh dan cili padi.
4. Pecahkan telur dan kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan air rebusan udang yang telah dicampur dengan kicap cair dan pekat dalam kuali. 
6. Kacau seketika dan terus angkat...

KARIPAP KENTANG+AYAM

Ayu sebenarnya tak mahir sangat nak kelim karipap guna tangan sendiri, biasanya guna bekas karipap jer...hehehe. Mak ayu lak die tak suka guna bekas karipap sbb katenya karipap mudah terbuka bila di goreng...huhuhu...


Bahan-bahan:

1. 500 gm tepung gandum
2. 200 gm daging ayam (dicincang)
3. 3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
4. 2 biji bawang merah (dipotong dadu)
5. 2 biji bawang putih (diketuk)
6. Marjerin
7. 1 paket rempah kari
8. minyak masak
9. air, gula dan garam secukupnya

Cara memasak:
1. Bancuh tepung gandum bersama air dan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh sebati dan ketepikan.
2. Untuk membuat inti, tumiskan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan rempah kari dan tambah sedikit air dan biarkan hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging ayam,gula dan garam secukup rasa. Biarkan.
5. Goreng sebati dan masukkan bawang merah dan kentang.
6. Setelah kentang menjadi lembut angkat dan biarkan sejuk.
7. Ambil sedikit doh dan lenyek agar menjadi bulat dan leper.
8. Bubuh inti karipap sebanyak satu sudu makan. Tutup isinya dan kelim tepi doh (boleh guna bekas karipap yang sedia ada).
9. Panaskan minyak dan goreng karipap sehingga keemasan.

p/s: Inti karipap sebenarnya banyak mcm inti daging, sardin dan sambal ikan...tp kalau nak wat inti sardin jangan lak letak rempah kari k...juz masak jer sardin tuh tanpa kuah k..

LEMPENG PISANG

 Pisang is my favorite fruit...ermm...tak taw nape...tapi memang suka lah kalau apa-apa saja hidangan yang menggunakan pisang...sama jgk cam menu ini.



Bahan-bahan:

1. Tepung gandum
2. pisang
3. 1 biji telur
4. 1 sudu teh serbuk penaik
5. sedikit susu pekat
6. garam, gula dan marjerin secukupnya.

Cara memasak:

1. Pisang dilenyek kemudian masukkan tepung dan serbuk penaik. Gaul hingga sebati.
2. Masukkan telur, susu dan gula secukupnya. Gaul rata.
3. Panaskan kuali yang disapu dengan marjerin di atas api yang sederhana.
4. Masukkan adunan sesenduk besar dan ratakan. Setelah sebelah masak, balikkan sebelah lagi.
5. Angkat dan boleh dihidangkan.

p/s: bahan boleh dianggarkan sendiri terpulang sebanyak mana lempeng anda nak buat.

UDANG MASAK SAMBAL

Sape2 suka pedas semestinya memilih sambal kan...hehehe...ayu sendiri pn memang suka masakan yang pedas2...kt bwh neh ayu kongsi resepi Udang Masak Sambal


Bahan-bahan:

1. udang (gaul bersama kunyit dan garam)
2. minyak
3. 3 sudu besar sos cili
4. 1 sudu besar cili boh/cili kering
5. gula, garam dan perasa

Bahan kisar:
1. 4 ulas bawang merah
2. 2 ulas bawang putih
3. 3 hirisan halia

Bahan hirisan(mayang):
1. 1 biji bawang merah
2. 1 ulas bawang putih
3. sedikit cili kering

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan goreng udang separuh masak (kalau tak nak goreng jgn gaul udang nge garam k)
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan sos cili dan cili boh.
3. Kacau bahan tadi hingga pecah minyak
4. Masukkan bahan yang dihiris dan kacau rata sampai mendidih.
5. Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan kacau lagi.
6. Akhir sekali, masukkan udang dan gaul sebati sehingga udang masak. Angkat dan boleh dihidangkan.

KEK BATIK

Hah...dgr jer kek batik, mmg kek paling simple dari banyak2 kek...tp yang neh bezanya ayu campurkan telur. Jom try...

Bahan-bahan:

Bahan A
1. 300 gm mentega
2. gula
3. sedikit esen vanila
4. 3 biji telur

Bahan B
1. 1/2 tin susu pekat manis
2. 1/2 cawan air suam
3. 7 susu besar milo
4. 7 sudu besar serbuk koko (kalau nak guna milo jer pun boleh)
5. 1 paket biskut marie (pecahkan menjadi kecil)

Cara membuat:

1. Bahan A: pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila
2. Bahan B: campurkan milo, serbuk koko dan susu. Kacau sehingga milo dan serbuk koko tidak berketul. Kemudian masukkan air suam . Kacau sehingga rata.
3. Campurkan bahan A dan B di dalam satu periuk. Masak di atas api yang kecil. kacau sehingga bancuhan menjadi pekat dan mendidih.
4. Masukkan biskut marie yang telah dipecahkan tadi. Kacau sehingga rata. Tutup api.
5. Tuang ke dalam loyang dan tekankan. Apabila acuan sudah sejuk masukkan ke dalam peti sejuk.
6. Hidangkan selepas itu.

DAGING MASAK LADA HITAM

Bahan-bahan:

1. 250 gram daging
2. 1 biji bawang besar
3. 1 ulas bawang putih
4. 1 inci halia (dipotong halus)
5. 1 batang serai
6. 3 sudu kecil serbuk lada hitam
7. 2 suu kicap manis
8. 3 sudu sos tiram
9. minyak masak
10. sedikit lada hitam yang ditumbuk
11. garam, gula dan perasa
12. sedikit air/ air rebusan daging dan asam jawa

Cara memasak:

1. Daging dibasuh dan direbus (tak nak rebus pun tak per)
2. Panaskan minyak dan tumis hirisin bawang besar, putih dan serai. Masukkan pula serbuk lada hitam. Kacau seketika.
3. Masukkan daging yang telah dipotong nipis dan kacau sebati. masukkan sedikit air/air rebusan daging.
4. Tambahkan kicap, lada hitam yang telah ditumbuk dan sos tiram. Tambahkan garam,gula dan perasa mengikut citarasa. Kacau rata dan biarkan seketika.
5. Setelah kuahnya hampir pekat, bolehlah dihidangkan.

p/s: kalau tak nak gunakan serbuk lada hitam, boleh juga digantikan dengan sos lada hitam

Thursday, December 30, 2010

KARI /GULAI IKAN

Kalau korang semua nak taw, kari ikan neh biasanya mak ayu masak untuk nasi dagang atau nasi minyak...ermm...lebih sedap bila ada acar timun mentah bersama sambal belacan... 

Bahan-bahan:

Bahan kisar:
1. 5 ulas bawang merah
2. 3 ulas bawang putih
3. halia sebesar ibu jari
4. sedikit lengkuas
5. cili kering/cili boh

Bahan lain:
(ikut kesesuaian sukatan)
1. Ikan aya/tongkol yang telah dikukus
2. rempah kari ikan (ikut kesukaan sendiri)
3. gula melaka
4. santan
5. 2/3 keping asam gelugur
6. lada jarum (jangan tumbuk)
7. garam,gula dan perasa
8.1 sudu besar kerisik (tak letak pn tak pe)

Cara memasak:

1. kukus ikan. ( biarkan semalaman sbb lg lama lg sedap)
2. Di dalam periuk lain,masukkan minyak dan tumiskan bahan kisar di atas sehingga naik bau dan pecah minyak.
3. masukkan rempah kari ikan dan kacau bersama tumisan tersebut.
4. masukkan pula santan, gula melaka,kerisik dan masak hingga mendidih.
5. masukkan asam keping, garam, gula dan perasa...kacau
6. masukkan pula ikan, masak hingga pecah minyak, akhir sekali bubuh lada jarum. Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat..
7. sedia di hidangkan.


NASI DAGANG

Nasi dagang ini sememangnya rumit untuk membuatnyer, tapi bila dh biasa ia menjadi senang. So, kalau pertama tak berapa nak menjadi, try lagi...jgn putus asa k...hehehe...itu pesanan dari mak ayu sendiri.


Bahan-bahan: 

1. 1 kg beras biasa
2. 1 cawan@cetong beras pulut
3. santan dari 1 biji kelapa (diasingkan santan pekat dan cair)
4. bawang merah (terpulang berapa ulas-dimayang halus)
5. sedikit halia (dimayang halus)
6. sedikit halba (direndam hingga kembang)
7. garam
8. gula

Cara memasak:

 
1. campurkan beras biasa dan beras pulut ,gaul sebati dan rendam 7-8 jam atau semalaman. 

2. kukus dlm kukusan sehingga beras masak (tak payah letak apa2 cuma campuran beras tu je k)
3. bila sudah masak letakkan santan cair dlm nasi tadi, gaul sebati dan kukus semula sehingga masak. 
4. Dalam bekas lain, masukkan santan pekat,garam,gula, kacau sebati. Bila nasi sudah betul2 masak angkat,curahkan santan pekat tadi biar serata ke atas nasi,masukkan bawang hiris,halia dan halba sekali, dan gaul biar semuanya sebati dan rata 
5. bolehlah dihidangkan bersama kari ikan tongkol dan acar timun mentah.

Penting: Santan cair juga boleh digantikan dengan air.Pastikan juga gunakan air masak untuk memerah santan pekat.

p/s: boleh juga gunakan beras nasi dagang. mesti ada jual di kedai2 tertentu, kat terengganu neh biasalah memang ada kan... beras neh colornya der coklat2 merah ckit, tu lah beras nasi dagang tp kena jugak campurkan dengan beras pulut jgk k...

Wednesday, December 29, 2010

NASI MINYAK


Resepi Nasi Minyak ni sebenarnya dari mak ayu sendiri...mungkin sama dengan resepi yang lain tp yang bezanya air tangan yang masak tuh sebenarnya yang membezakannya...kalau kat Terengganu, senang nak dapat, pagi, tghari, ptg n malam pn der org jual taw...bukan time kenduri kendara jer ader...setiap masa ader...
resepi neh tuk 4 hingga 6 org...


Bahan-bahan:


1. Beras 4 pot/3 cawan
2. Minyak sapi 1 sudu besar
3. Minyak Masak
4. Bawang merah 4 biji
5. Bawang putih 2-3 ulas
6. Halia sebesar ubi jari
7. Rempah ratus (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
8. Air (ikut kesesuaian beras)
9. Susu cair 1/2 cawan
10. Sos tomato 1 sudu besar
11. garam & gula secukup rasa
12. daun pandan 2 helai
13. Pewarna ikut citarasa (kalau xnak abaikan)

Cara memasak


1. Beras dibasuh bersih dan ditoskan. Ketepikan dan biarkan di dalam rice cooker or periuk biasa.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak (boleh gantikan kedua2 nyer dengan marjerin jer) tumiskan bahan no. 4 hingga no. 7 sampai wangi di dalam kuali or periuk yang berasingan (blh juga guna periuk yg same tuk masak nasi). Bila bwg dah kekuningan dan wangi, masukkan dlm periuk nasi tadi bersama minyak tumisan tuh sekali. Gaul perlahan dan baru masukkan air. Campurkan susu cair (susu pekat pn blh), sos tomato, garam halus (anggaran 1 sudu besar dan gula secukup rasa). Selepas itu, masukkan daun pandan.
3. Masak nasi tersebut dlm 20 minit atau sehingga nasi tersebut masak. 
p/s: warna kekuningan pada nasi akan terhasil dari tumisan dan marjerin tersebut... sekiranya inginkan warna yang lebih menarik, boleh titiskan pewarna semasa nasi dh nak masak, gaulkan dan masak 5 minit lagi.

Sunday, December 26, 2010

KARI/GULAI AYAM


Gulai ayam atau kari ayam ni sedap bila di makan bersama nasi putih atau nasi minyak.
mak ayu pesan kalau nak masak ayam neh sedap bila ayam digoreng terlebih dahulu.
tp kalau tak nak goreng pun tak ape, terpulang...

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - (dipotong, gaul bersama kunyit dan sedikit garam dan goreng separuh masak)
4 sudu besar rempah kari ayam 
1 sudu besar kerisik
santan
sedikit air asam jawa
garam,gula dan perasa secukup rasa
ubi kentang
minyak untuk menumis

Bahan- bahan kisar: 

halia sebesar ibu jari
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
lengkuas sebesar ibu jari
2 sudu besar cili kering kisar/ cili boh

Bahan-bahan tumis:
 
1 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
2 kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Cara memasak:
  1. ayam yang telah digoreng diketepikan. (kalau tak nak goreng pun tak pe)
  2. panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi
  3. kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan rempah kari. tumis sehingga naik minyak
  4. setelah itu masukkan pula ayam, air asam jawa, garam, gula dan perasa secukup rasa
  5. biarkan ayam reneh separuh masak, kemudian barulah dimasukkan santan dan kerisik. serta ubi kentang. Gaul rata
  6. didihkan perlahan2 sehingga ayam dan ubi empuk dan kuah pecah minyak
  7. bolehlah dihidangkan.