Pages

Friday, September 30, 2011

ROTI BUN/ ROTI BAKAR BERINTI


Bahan-bahan:

  • 200gm tepung roti
  • 10gm margerin
  • 5gm ibu roti (mauripan)
  • 125ml air (separuh air,separuh susu segar)
  • garam secubit
  • ¼ sudu teh gula 

Cara membuat:

  1. Ayak tepung roti terlebih dahulu.
  2. Ibu roti, gula dan sedikit air di bancuh dalam bekas, supaya ia cepat naik dan untuk memastikan ibu roti itu elok.
  3. Campurkan kesemua bahan dan uli hingga sebati.Di tutup dengan kain lembab, dan pastikan ia menjadi double size.Di uli balik dan di bentukkan mengikut saiz serta masukkan inti kesukaan anda.
  4. Bila sudah kembang atau naik sapukan telur. Di bakar dalam oven 170 - 180c, selama 20-25 minit.


 gambar kt atas tuh inti kelapa....yummy...

KUIH GULUNG/KETAYAP

Bahan-bahan: 

untuk kulit:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 cubit garam
  • minyak masak
  • pewarna hijau  
 
utk inti:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • gula melaka (manis terpulang ats anda)
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Untuk Inti Masukkan kelapa parut dan gula melaka tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula melaka. Inti akan menjadi warna keperangan. boleh juga gantikan gula  melaka dengan gula putih tetapi warna tidak keperangan.
  2. Untuk kulit: Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika guna santan segera, blend dengan daun pandan dan tapis. 
  3. Masukkan tepung ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati. masukkan telur dan kacau lagi. Tambahkan sedikit perwarna jika perlu.
  4.  Panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. Cara gulung; , lipat bahagian tepi dan gulung. Ulangi sehingga adunan tadi habis. 

Tuesday, September 13, 2011

Bubur Lambuk Selepas Raya


ni bubur lambuk resepi ibu tersayang
di makan bersama ayam masak merah
ermmm
yummy
pelik tapi betul2 sedap
try dulu baru taw

Bahan-bahan:

  • beras
  • air
  • santan
  • isi ikan rebus
  • pucuk paku merah
  • daun kesom
  • daun kadok
  • kerisik
  • budu
  • lada hitam
  • gula,garam dan perasa

Cara memasak:

  1. basuh beras sebersihnya dan tanak beras didalam periuk dengan air yg banyak
  2. masak beras tersebut sehingga masak dan menjadi bubur nasi
  3. masukkan santan, pucuk paku,daun kesom,daun kadok dan isi ikan rebus
  4. kemudian masukkan sedikit kerisik, lada hitam yg ditumbuk, lebihkan lada hitam tuk rasa pedas.
  5. masukkan sedikit budu (untuk naikkan bau), gula,garam dan perasa secukupnya.
  6. masak seketika,setelah bahan2 sebati dan sedikit pekat boleh lah dihidangkan.


lebihkan isi ikan tuk rasa yang lebih sedap dan menyelerakan
boleh gantikan dengan kerang atau ikan bilis
tambahan santan lebih sedap berbanding menggunakan air sahaja

Thursday, August 25, 2011

Conflakes Madu Ayu


Bahan-bahan: 

  • conflakes (dihancurkan sedikit)
  • madu
  • gula
  • marjerin 
  • coklat urai
  • bijan
  • bekas kertas

Cara membuat:

  1. panaskan marjerin, madu dan gula di atas api yang perlahan. ketepikan
  2. hancurkan sedikit conflakes mengikut citarasa anda, kemudian masukkan bijan di dalam conflakes tersebut bersama bahan yg telah dicairkan tadi
  3. kacau sebati
  4. kemudian susun conflakes kedalam bekas kertas dgn dihiasi coklat urai di atas nya...
  5. bakar kira-kira 10-15 minit dengan suhu 150 celcius.
  6. kemudian sejukkan dan bolehlah disusun di dalam bekas/ balang.

Tuesday, August 9, 2011

KACANG GORENG BERSAMA ISI AYAM


Bahan-bahan:
  • kacang panjang (dipotong)
  • isi ayam (dipotong kecil2 dan di gaul dgn kunyit dan digoreng)
  • 2 biji bawang merah (dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • sos tiram
  • garam,gula dan perasa
  • sedikit air
  • lada merah dan bawang besar (dihiris halus)


cara memasak:

  1. goreng ayam yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam sehingga masak. ketepikan
  2. masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih, goreng sehingga layu.
  3. kemudian masukkan sos tiram, sedikit air, garam,gula dan perasa. kacau seketika sehingga bahan2 tersebut sebati
  4. masukkan kacang panjang tersebut. goreng seketika sehingga kacang tersebut sedikit layu.
  5. akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng tadi bersama bawang besar dan lada merah.
  6. kacau seketika sehingga bawang dan lada sedikt layu
  7. sedia di hidangkan.

SOTONG MASAK SERAI

Bahan-bahan:
  • 10 ekor sotong sederhana saiznye
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • setengah sudu kecik serbuk kunyit
  • garam,gula dan perasa
  • sedikit air asam jawa
  • lada merah dan bawang besar (dihiris)
  • 1 gelas air
Cara memasak:

  1. panaskan minyak di dalam kuali. masukkan bahan yg dikisar bersama ke dalam kuali. kacau sehingga naik bau.
  2. kemudian masukkan air bersama sotong yang telah dibersihkan. 
  3. masukkan serbuk kunyit, garam, gula, perasa dan air asam jawa. biarkan ia mendidih seketika
  4. masukkan pula serai yg telah diketuk. 
  5. kemudian masukkan lada dan bawang besar yg dihiris halus.
  6. kacau seketika sehingga kuah pekat dan kering sedikit.
  7. sedia di angkat


Monday, July 25, 2011

TELUR IKAN GORENG


bahan-bahan:
  • telur ikan
  • 3 biji bawang merah (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 hiris halia (dimayang)
  • sos tiram
  • garam,gula,perasa
  • sedikit kunyit serbuk
  • 1 biji lada
  • air asam jawa
  • air dan minyak

cara memasak:
  1. rebus telur ikan di dalam periuk yg berasingan. setelah masak toskan.
  2. panaskan minyak di dalam kuali. masukkan bahan yang dimayang halus. goreng sehingga kekuningan
  3. kemudian masukkan telur ikan, air asam jawa, sos tiram dan kunyit.
  4. tambahkan sedikit air tuk kuah, disertakan dengan gula,garam, dan perasa
  5. last, masukkan lada yang telah dihiris halus.
  6. biarkan seketika sehingga kuah sedikit pekat.

Tuesday, July 12, 2011

Menu Hari Ini


kali neh jom kita cuci mata jap dengan pic dibawah ini...
hehe...
hasil masakan dari my mum
huhuhu

*
*

*

*

*


 ikan bakar daun pisang


 kobis goreng sos tiram


ikan masak tumis serai


...ermmm...
yummy
sangat menyelerakan walaupun
nampak simple
tapi cukup lah tuk menu hari neh...

 

Wednesday, July 6, 2011

Popia Murtabak Inti Ikan

 Bahan-bahan: 
  1. taugeh
  2. beberapa ekor ikan (direbus dan diambil isi nye)
  3. kulit popia
  4. santan
  5. bawang merah
  6. telur
  7. garam, gula dan perasa

Cara memasak:
  1. isi ikan di gaul dengan taugeh, bwang yg telah di mayang, masukkan sedikit santan, gula,garam dan perasa secukupnya.
  2. sukatan adunan ini mengikut citarasa tersendiri
  3. setelah adunan sebati, masukkan inti ini ke dalam kulit popia... terpulang atas anda untuk mengulung popia tersebut mengikut citarasa anda...boleh juga buat ala2 murtabak...
  4. untuk kemaskan kulit popia dari terbuka, sapukan telur.
  5. selepas itu, goreng di dalam minyak yg sedikit...lebih elok menggunkan kuali roti canai/yg rata.
boleh dihidangkan bersama sos cili...
inginkan pedas,masukkan sedikit cili padi...


Tuesday, June 28, 2011

PAPRIK AYAM

Bahan-bahan:
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 5 biji cili padi - ditumbuk 
  • 3 helai daun limau purut
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa & sedikit air

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam agak2 sampai masak, jgn terlalu garing. Angkat ayam tersebut.
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan ayam tadi beserta serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar.

Wednesday, June 8, 2011

SAYUR GORENG BERSAMA BEBOLA AYAM



Bahan-bahan: 
  1. 2 biji bawang merah
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 1 biji lada merah
  4. Sayur Sawi
  5. Sayur Kobis
  6. Bebola ayam (dipotong dua)
  7. 1 Sudu sos tiram
  8. sedikit air
  9. Garam, gula dan perasa

Cara memasak:
  • tumis bawang yang telah di mayang di dalam minyak yang panas.. goreng sehingga layu.
  • masukkan bebola ayam dan sedikit air. biarkan sehingga bebola masak
  • masukkan sos tiram,garam, gula dan perasa secukupnya
  • akhir sekali setelah adunan sebati, masukkan pula sayur sawi dan kobis bersama lada merah
  • masak seketika dan boleh lah di angkat.

Wednesday, May 18, 2011

CHICKEN CHOP

Bahan-bahan:
  • 300 gm ayam (bahagian isi)
  • 2 sudu serbuk kari
  • 5 sudu mayonis
  • 1 biji telur
  • 3 sudu serbuk roti
  • 50ml sos perang
  • 1 sudu serbuk lada hitam

Cara menyediakan ayam:
  1. perap ayam dengan serbuk kari dan mayonis. biarkan selama 30 minit
  2. kemudian celup dengan telur dan serbuk roti
  3. goreng dengan minyak yang panas

Cara membuat sos:
  1. panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak
  2. masukka sos perang dan masak sehingga mendidih
  3. masukkan satu sudu serbuk lada hitam
  4. masukkan sedikit garam
  5. hiaskan ikut cita rasa.

* boleh tambahkan kentang goreng, kentang putar ker....sos cili, mayonis atau sayur2 yg sesuai...*

Tuesday, May 17, 2011

Chicken Chop@KFC


nyummy...nyummy...dh lame teringin nk try chicken chop baru kat kfc neh....akhirnya dapat jugak lah merasa...harganye pn berpatutan...der wedges,jagung, dan isi peha ayam yang disaluti sos cendawan yang enak...
mesti korang nak try buat sendiri chicken chop kat umah kan...ermmm...nantikan entry akan dtg...ayu akan poskan resepi chicken chop ala2 kfc neh...hehe...simple n easy...

Friday, April 22, 2011

AYAM GORENG KICAP

 sowie, pic xbape nk clear....


bahan-bahan:

  • setengah ekor ayam (saiz sederhana kecil)
  • sedikit rempah kasar
  • 1 batang serai
  • 4 biji bawang merah (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 2 inci halia (dimayang)
  • 3 sudu besar kicap
  • minyak untuk menumis
  • 1 biji lada (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • sedikit air asam jawa
  • garam,gula dan perasa
  • air 3 gelas

cara memasak:

  1. panaskan minyak dan tumis rempah kasar bersama bahan yang telah dimayang. masak sehingga naik bau dan garing.
  2. masukkan air,kicap dan ayam yang telah dipotong. masak seketika sehingga kuah mendidih.
  3. masukkan serai yang telah diketuk dan air asam jawa.
  4. selepas itu masukkan garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. akhir sekali disertakan dengan hirisan bawang besar dan lada.
  6. masak sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat/sedikit.

SOTONG MASAK MERAH

Bahan-bahan:
  1. 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
  2. 4 biji bawang merah (dikisar)*
  3. 3 ulas bawang bwang putih (dikisar)*
  4. 1 inci halia (dikisar)*
  5. sedikit air asam jawa
  6. 1 sudu besar sos cili
  7. 1 sudu besar sos tomato
  8. 2 sudu besar cili kisar/cili boh
  9. 1 sudu besar kicap
  10. 2 gelas air untuk kuah
  11. 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  12. 1 biji lada (dihiris)
  13. minyak untuk menumis
  14. garam,gula dan perasa

Cara memasak:
  1. sotong yang telah dibersihkan, di potong dua atau tiga (ikut saiz sotong yang anda pilih).
  2. panaskan minyak dan masukkan bahan kisar ke dalam kuali, goreng sehingga naik bau, masukkan pula cili kisar, sos cili, sos tomato,kicap dan 2 gelas air. masak sehingga naik minyak
  3. masukkan pula sotong, air asam jawa, garam gula dan perasa secukup rasa. Masak seketika
  4. masukkan lada dan bawang besar. Masak sotong sehingga kuah sedikit pekat.

p/s: kalau anda suka kuah banyak, lebihkan air k...

Tuesday, April 12, 2011

MASAK LABU AIR

Buka peti ais, ternampak ada labu air yang mak beli kat pasar hari tuh, masih elok lagi, so ape lagi kan...masak air je lah lagi senang kan...hehehe...

 

Bahan-bahan:

  1. 1 biji labu air
  2. udang kering
  3. 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  4. 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  5. lada hitam (ditumbuk)
  6. garam dan perasa
  7. air

Cara memasak:

  1. potong labu air mengikut citarasa sendiri, masukkan ke dalam periuk bersama air. sukatan air mengikut setakat mana anda ingin kan kuahnya. Masak seketika 
  2. masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi bersama sedikit udang kering, garam, perasa dan gula secukupnya.
  3. masak sehingga mendidih dan labu masak. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Saturday, April 9, 2011

PENGAT UBI BERSAMA DURIAN

Bahan-bahan:
  1. ubi keledek (kuning/ungu)
  2. durian
  3. gula melaka
  4. gula
  5. santan
cara memasak:
  1. masukkan santan, gula melaka dan gula mengikut citarasa, masak di atas api yang perlahan.
  2. setelah gula cair, masukkan ubi yang telah di bersihkan.
  3. masak sehingga empuk, sekiranya kurang kuah, masukkan sedikit air
  4. kemudian masukkan pula beberapa ulas durian..
  5. biarkan sehingga sedikit pekat.
  6. dan boleh lah dihidangkan untuk minum petang

Wednesday, March 30, 2011

MIHUN SUP

kali ni kita cuci mata jer dengan pic di bawah ni...


*

*

*

mihun sup versi ayu...my favorite...hehehe...yummy...yummy...
*
*

*



CARA MEMBUAT LAKSA

Kali neh ayu nak kongsi resepi cam mane nak buat laksa...sbb biasa kite beli yg dah siap kan, juz rebus trus leh makan..tapi kali neh jom try wat laksa sendiri...

*laksa terengganu*

Bahan-bahan tuk laksa:
 (sukatan terpulang atas diri sendiri)
  1. 2 cawan tepung beras
  2. 2 cawan tepung gandum
  3. air panas
  4. acuan laksa
  5. periuk kukusan
cara membuat: 

  1. ayak tepung beras dan tepung gandum...gaul bersama.
  2. masukkan sedikit demi sedikit air panas. gaul dan uli hingga menjadi doh, jangan terlalu lembik or keras. sedang2 jer.
  3. masukkan adunan tadi di dalam acuan laksa sedikit demi sedikit, kukus laksa yang dah siap tadi di dalam pengukus. pastikan air di dalam kukusan mendidih dahulu dan barulah kukus laksa tersebut
  4. laksa akan kembang dan sedia di hidangkan bersama kuah laksa kesukaan korang.

hah, nie lah salah satu acuan yang boleh buat laksa...acuan neh serba guna, boleh wat muruku, putu mayam, n macam2 lagi terpulang atas kepingan acuan yg terdapat di atas...kalau laksa, blh guna acuan yang lubang nya besar n bulat2 cam lam gmbr tuh...

Monday, March 21, 2011

IKAN CELUP TEPUNG


Pegi pasar semata2 nak beli ikan selayang, sebab tibe2 jer teringin nak makan ikan celup tepung. tengok2 mak dah sediakan dengan mihun goreng...ermmm...memang meletopp, cicah lak nge sos pencicah...kenyang dan lepas kempunan...hehe

Bahan-bahan:

  1. ikan selayang / ikan kembung
  2. tepung beras
  3. 1 biji telur
  4. sedikit kapur makan
  5. garam
  6. air
  7. minyak untuk menggoreng
  8. sedikit kunyit serbuk

Cara memasak:

  1. masukkan kesemua bahan di atas. kacau sebati. adunan jangan terlalu pekat atau cair.
  2. masukkan ikan dan goreng sehingga masak
  3. hidangkan bersama sos atau pencicah...pasti meletopp....hehe

IKAN MASAK ASAM PEDAS

Hari tuh cuti sekolah sempat jugak tolong2 kak ipar masak asam pedas ikan merah neh...hehehe...

Bahan-bahan:
  1. Ikan merah
  2. 10 batang cili kering (di rebus n di tos)
  3. 1 inci kunyit
  4. 1 inci halia
  5. 5 biji bawang merah
  6. 3 biji bawang putih
  7. daun kesum
  8. air asam jawa
  9. garam,gula dan perasa
  10. minyak
  11. air

Cara memasak:
  1. Cili kering di bersihkan dan di rebus sehingga lembut. toskan dan kisar bersama bawang merah, bawang putih, halia, dan kunyit.
  2. masukkan minyak di dalam periuk, tumis bahan kisar tersebut sehingga pecah minyak.
  3. masukkan pula air asam jawa, daun kesum, garam,gula dan perasa secukupnya..
  4. kemudian baru masukkan ikan, masukkan sedikit air tuk dapatkan kuahnya.
  5. biarkan ia mendidih dan ikan masak.

p/s: 
  • boleh jugak masukkan bunga kantan dan kacang bendi
  • serai juga boleh di masukkan. juz ketuk jer.
  • tuk kurangkan hanyir ikan, rendam ikan yg telah di potong dan di cuci ke dalam air asam jawa.
  • asam pedas lagi pekat, lagi sedap...hehe

Wednesday, March 16, 2011

IKAN MASAK GULAI PUTIH


Bahan-bahan:
  1. 3 ekor ikan kembung (boleh ganti ikan kesukaan anda)
  2. 3 ulas bawang merah (kisar)
  3. 2 ulas bawang putih (kisar)
  4. sedikit halba
  5. sedikit air asam jawa
  6. santan
  7. 1 biji lada merah
  8. garam, perasa dan gula secukupnya

Cara Memasak: 

  1. masukkan kesemua bahan-bahan tersebut kecuali ikan dan lada.
  2. masak di atas api perlahan2 sambil kacau perlahan2.
  3. selepas itu, masukkan pula ikan dan lada merah yang telah di hiris
  4. biarkan sehingga masak

Thursday, February 24, 2011

TELUR ITIK MASAK LEMAK KUNING

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang merah, 1cm kunyit hidup/ serbuk kunyit dan 1 biji cili. (di kisar)
  • 5 biji telur itik
  • 450ml santan pekat
  • 1-2 keping asam keping
  • Garam, gula secukup rasa dan perasa

 Cara memasak:
  1. Masukkan santan, asam keping, bahan kisar, garam, gula dan perasa dalam periuk 
  2. Masak di atas api yang perlahan sambil dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak  
  3. Bila santan hampir mengelegak pecahkan telur sebiji-sebiji sambil dikacau perlahan
  4. Jangan masak terlalu lama sebab nanti telur akan jadi keras dan tak berapa sedap
  5. Sedia dihidangkan

telur ayam pun boleh digunakan tapi tak berapa sedap seperti telur itik...
telur itik tidak mudah pecah dan cantik tapi telur ayam sebaliknya...

Sunday, February 13, 2011

PULUT INTI SAMBAL IKAN






Bahan untuk pulut: 
  • 3 cawan pulut 
  • 1 ½ cawan santan
  • garam 

 Bahan untuk sambal:
  • Ikan (di rebus dan terpulang bpe ekor)
  • bawang merah dan halia (dikisar)
  • gula dan garam secukup rasa
  • halba (sedikit jer)
  • santan

Cara membuat:
  1. Pulut dibersihkan dan rendam selama 4 jam. 
  2. Kukus pulut hingga masak. Setelah masak angkat dan sejukkan. 
  3. Kemudian gaul pulut dengan santan yang bercampur garam dan ketepikan (gunakan air masak untuk memerah santan).
  4. Untuk buat sambal - ikan yang telah di rebus td, di buang tulang dan di kisar bersama santan. Masukkan lam kuali dengan api yg perlahan. (tanpa minyak)
  5. Masukkan pula bawang dan halia yg telah di kisar td. kacau sebati dan masukkan sedikit halba. 
  6. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sambal kering sambil kacau dengan perlahan.
  7. Last...bolehlah dihidangkan bersama pulut. 

Cekodok Kurma

 Tengok kat dapur der kurma yang puasa taun lepas...masih elok lagi dan daripada membazir, baik wat cekodok...biasa mak ayu selalu wat cekodok kurma ni masa time bulan puasa jer...cuba lah, kalian biasa makan kurma macam tuh jer kan, hah cuba wat cekodok yang menggunakan kurma lak...alah sama macam pisang jugak...tp rasa nyer berbeza...


Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 10 biji buah kurma (buang biji dan potong ikut citarasa/dilenyek)
  • sedikit air (terpulang atas adunan)
  • 1 biji telur
  • 1- 2 sudu besar gula
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu besar marjerin

Cara membuat:

  1. masukkan tepung gandum bersama buah kurma yang telah di buang biji dan dah di potong kecil2...anda juga boleh lenyekkan kurma tersebut. 
  2. kacau bersama sebiji telur, marjerin dan gula
  3. kemudian masukkan air mengikut adunan, sama seperti nak buat cucur k...hehe
  4. then biarkan seketika dan bolehlah di goreng...

Thursday, February 10, 2011

MASAK SINGGAN IKAN TONGKOL


Bahan-bahan:

  1. 1/2 ekor ikan tongkol (saiz kecik)
  2. 3 biji lada kecik
  3. 2-3 keping asam keping 
  4. lengkuas 2 hirisan
  5. halia 2 hirisan
  6. kunyit hidup/ kunyit serbuk sedikit (untuk bg color kuah tuh jer)
  7. garam kasar
  8. perasa
  9. gula
  10. 2 ulas bawang putih
  11. air secukupnya

Cara memasak:

  1. masukkan ikan tongkol yang telah di bersihkan ke dalam periuk beserta air di atas dapur
  2. masukkan bawang putih tanpa di mayang atau diketuk, lengkuas, halia,asam keping, dan lada.
  3. biarkan seketika dan masukkan pula garam kasar, perasa dan gula secukupnya...
  4. biarkan seketika sehingga ikan masak dan bolehlah dihidangkan.
masakan ini seolah-olah merebus...cuma kita masukkan bahan-bahan tertentu...rasanya masam-masam dan pedas...

Wednesday, January 26, 2011

KASTAD JAGUNG



Bahan-bahan:

  • 1 liter susu cair
  • 200 gm jagung manis
  • 6 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar gula pasir

Cara membuat:

  1. campurkan tepung kastad dengan empat sudu besar susu cair. gaulkan sehingga sebati
  2. masukkan gula pasir dalam lebihan susu cair tadi dan masak hingga mendidih
  3. tuangkan susu panas ini ke dalam tepung kastad. masukkan jagung manis dan dikacau hingga rata
  4. tuangkan kastad ini ke dalam acuan dan simpan di dalam peti sejuk hingga keras.

Sunday, January 23, 2011

LALA MASAK MERAH


ayu dan ayah memang suka makan lala neh, segala yang sewaktu dengannya lah cam kerang, remis, kupang,dan sbg tapi kali ni ayu nak share resepi lala masak merah. masa masak ni ayu juz tolong-tolong mak aje...tolong kacau sambil usha2 bahan-bahannya...hehehe..

bahan-bahan:
  • 1 kg lala - dibersihkan dan di toskan
  • 1 inci halia
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar lada mesin/cili boh
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis
  • garam, gula, perasa secukup rasa
*kisar halia, bawang putih dan bawang merah bersama*

Cara memasak:

  1. panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang telah dikisar. kacau sehingga naik bau.
  2. masukkan cili boh/lada mesin, cili sos, kicap dan kacau sebati.
  3. masukkan air mengikut kuantiti lala yang digunakan. then, masukkan air asam jawa bersama garam, gula dan perasa. kacau dan masukkan pula lala
  4. tambahkan air sekiranya kuah di dalam kuali kurang,tutup kuali tersebut dan biarkan lala masak sehingga kuah sedikit pekat.
 

JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS


Resepi ini adalah dari mak ayu...sebab ayu paling suka makan jemput-jemput yang mak ayu buat tapi gorengnya adalah kerja ayu...hehe...pic di atas adalah adunan dari mak ayu dan hasilnya telah di goreng oleh ayu sendiri sebab mak ayu tak dapat nak goreng bulat2 camtuh...hehehe...

bahan-bahan: 

  • 2 cawan tepung gandum
  • setengah biji bawang besar / 1 biji - dihiris
  • sedikit ikan bilis - di tumbuk/di kisar kasar
  • 1/2 sudu teh baking powder/ boleh abaikan
  • sedikit air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • sedikit gula
  • sedikit garam
cara membuat: 
  1. masukkan tepung dan baking powder (tp mak ayu jarang letak, sebab tak sedap), kacau sebati bersama  marjerin, telur dan sedikit air sehingga adunan menjadi sederhana pekat.
  2. masukkan pula gula, garam, ikan bilis dan bawang besar ke dalam adunan. Kacau lagi.
  3. biarkan adunan tadi selama setengah jam atau 1 jam...
  4. then, barulah di goreng sehingga kekuningan dan masak
  5. hidangkan bersama pencicah/ sos cili.

Sawi Masak Tumis Air

Hari neh mak suh ayu masak sawi...tak taw nak masak apa, fikir punya fikir tumis air aje lah sebab dua lauk yang mak buat tak ada kuah...so, gantikan kuah nge sayur ni...hehehe...



Bahan-bahan:
  • sayur sawi
  • udang yang telah di buang kulit
  • 1 biji lada merah
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • sedikit air
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sedikit perasa
  • sedikit minyak
Cara memasak: 

  1. panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah di mayang halus. goreng hingga kekuningan dan naik bau.
  2. masukkan air mengikut kuantiti sawi yang digunakan bersama udang dan biarkan 1 minit. 
  3. masukkan garam, gula, perasa dan kicap. masak hingga mendidih dan barulah masukkan sayur sawi dan lada yang telah di potong...
  4. akhir sekali, boleh lah dihidangkan

Thursday, January 20, 2011

LAKSAM

Bahan-bahan:

*( 2-3 orang )

  1. 3 cawan tepung beras
  2. 1/2 cawan tepung gandum
  3. 4 cawan air suam 
bahan kuah:
  1. Ikan (direbus,dibuang tulang)
  2. 1 inci halia
  3. 2 biji bawang putih
  4. 4 biji bawang merah
  5. Sedikit lada hitam
  6. Santan
  7. 1 atau 2 keping asam keping
  8. Sedikit garam
  9. Sedikit gula
  10. sedikit perasa 
Bahan ulam:
  1. timun,kacang panjang,taugeh,kobis (dipotong halus) 
Bahan tambahan:
  1. cili mesin/sambal belacan
  2. belacan
  3. garam
  4. limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan tepung beras, tepung gandum dan air suam. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak untuk mengelak dari melekat. Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung, supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk dan kukus sampai masak. Ulang sampai adunan habis.
  3. Untuk kuah: tumbuk isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama santan, asam keping, garam, gula dan perasa. Masak sehingga agak pekat.
  4. Bahan tambahan: semasa menghidang masukkan ulaman, cili mesin dengan belacan,sedikit garam dan perahkan limau mengikut citarasa sendiri.

Wednesday, January 19, 2011

KEK COKLAT

kek coklat

Bahan-bahan: 

1. tepung gandum 1 cawan 1/2
2. serbuk koko 1/2 cawan
3. baking powder 1/2 sudu kecil
4. natrium bikarbonat 1/2 sedu kecil
5. minyak masak 1/2 cawan
6. air 1/2 cawan
7. susu pekat 1/2 tin
8. gula 1/2 cawan (dikisar)
9. telur 2 biji

* pastikan setiap sukatan menggunakan cawan yang sama
* resepi di atas untuk 1 biji kek yang sederhana kecil saiznya... sekiranya ingin saiz kek yang besar boleh gandakan sukatan tersebut contohnya 1/2 cawan menjadi 1 cawan....okey...

Cara Membuat:

1. ayak tepung gandum, natrium bikarbonat, baking powder dan serbuk koko.
2. ketepikan bahan yang di ayak.
3. kisar bahan-bahan yang selebihnya
4. kisar pula bersama bahan yang di ayak dan bahan yang dikisar bersama sehingga sebati
5. masukkan adunan tadi di dalam bekas yang disediakan
6. kukus kek tersebut selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga masak.

*pastikan sebelum kukus, air didalam kukusan tersebut mestilah mendidih dahulu dan barulah masukkan kek tadi di dalam kukusan

Friday, January 7, 2011

BUBUR NASI

Bahan-bahan:
  • beras
  • 1 inci halia - dihiris
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ketul isi ayam
  • air secukupnya

Cara memasak:

  1. tumis halia, bawang putih dan bawang merah.
  2. masukkan ayam dan beras
  3. tambahkan air dan rebus sehingga masak
p/s : hidangkan bersama telur masin, ikan bilis dan daun sup

MI REBUS

Bahan-bahan:

  • 100 gm mi
  • 50 gm taugeh
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu kecil ikan bilis - di tumbuk halus
  • 1 sudu besar cili
  • 30 gm udang

Cara memasak:

1. tumis bawang merah dan putih hingga naik bau
2. masukkan ikan bilis, serbuk kari dan cili. tumis hingga garing
3. kemudian masukkan udang dan kacau sebati
4. campurkan air sedikit, bubuh garam, gula dan perasa.
5. setelah kuah masak, angkat dan hidang bersama mi dan taugeh yang telah di celur
6. tambahkan sedikit tauhu goreng, lada,bawang goreng,dun sup, telur rebus semasa menghidang.

ASAM LAKSA

Bahan-bahan:

  • 150 gm laksa - dicelur hingga empuk
  • 6 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 ekor isi ikan - di kisar/tumbuk
  • secubit belacan
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 3 sudu besar cili kering
  • sebatang bunga kantan
  • segenggam daun kesum
Cara memasak:
1. rebus bawang merah, isi ikan, belacan,asam jawa, cili kering, bunga kantan dan daun kesum hingga masak
2. bubuh garam dan perasa
3. angkat dan hidang bersama laksa, hirisan timun, bawang hiris, cili padi, limau kasturi, fishcake dan telur rebus

Thursday, January 6, 2011

NANGKA MASAK LEMAK

Bahan-bahan:

1 kg nangka muda
600 gm daging
750 ml air
2 mangkuk santan
garam secukupnya

Cara membuatnya:

1. nangka dipotong kecil dan direbus hingga setengan masak
2. daging dipotong kecil dan dibersihkan. Rebuskan hingga lembut
3. masukkan santan , air dan garam.
4. apabila mendidih, masukkan nangka dan daging. masak lagi selama 15 minit.

HATI MASAK REMPAH

Bahan-bahan:

500 gm hati ayam
2 sudu besar cili kisar
1 biji kelapa - santan
2 batang serai - dititik
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan gula
minyak

Bahan dikisar:

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
sedikit lengkuas

Cara memasak:

1. hati ayam digoreng atau direbus
2. tumis bahan kisar hingga garing. masukkan santan dan masak hingga pekat
3. kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula dan hati ayam. masak hingga kering.

KERABU MANGGA

Bahan-bahan:

10 biji cili padi - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
2 helai daun kesum - dihiris
2 biji mangga
6 sudu besar jus mangga
1 ulas bwang besar - dicincang
1 sudu kecil perasa ikan bilis

Cara membuat:

mangga dibuang kulit dan dicincang memanjang
gaulkan mangga ini dengan cili merah, jus mangga, garam dan perasa ikan bilis hingga sebati
kemudian taburkan daun kesum.

ACAR ARAB

sape suka makan jeruk?... pedas?...hehe...ini adalah acar arab org panggil... sape yg nak makan jeruk buah-buahan yg pedas blh lah cuba sajian neh...biasanya kita akn jumpa acar neh kt kenduri kawen sbb ia dijamu bersama nasi minyak...

Bahan-bahan:

2 biji timun (dipotong memanjang)
10 sudu makan cili boh
2 biji bawang besar (dikisar)
10 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit buah-buahan 
gula, garam dan perasa

Cara memasak:

1. Tumis bahan yang dikisar bersama cili boh
2. setelah masak masukkan timun dan buahan-buahan jeruk, garam, gula serta serbuk perasa.
3. sedia dihidangkan.

PARU GORENG BERCILI

Simple jerr.... hehehe

Bahan-bahan:

1. 1/2 kg paru direbus dan dipotong nipis
2. 1 biji bawang besar
3. 5 ulas bawang putih
4. 5 tangkai cili merah
(bahan 2 - 4 dikisar)
5. sedikit garam, gula dan perasa

Cara memasak:

1. goreng paru yang telah dipotong
2. tumis bahan kisar sehingga naik bau
3. gaulkan dengan paru yang telah digoreng

Monday, January 3, 2011

KERABU SAYUR

kerabu neh tuk hidangan 4-5 orang k...



Bahan-bahan:

1. 5 batang kacau panjang (di hiris halus)
2. 1/2 kg taugeh
3. 1 ikat daun selom (dihiris)
4. 1 biji kelapa parut
5. 1/2 sudu makan kunyit

(bahan tuk dikisar)
5. 1 sudu makan ketumbar & jintan putih
6. 1 biji bwg besar
7. 5 ulas bwg putih

Cara memasak:

1. tumis bahan dikisar hingga naik bau
2. kemudian masukkan kelapa parut dan goreng sehingga masak. Ketepikan
3. sementara itu, masukkan semua sayuran ke dalam mangkuk. gaul rata.
4. ketika hendak menghidang, gaulkan bahan yg telah digoreng bersama sayuran td.

ROTI GORENG SAMBAL IKAN

Semalam ayu sempat tolong mak wat sambal ikan neh, sbb leh mkn tuk breakfast kan...tp banyak tol sambal yg lebih...tp boleh simpan lam peti ais tuk wat bnda len lak...roti neh mendapat sambutan sbb biasanyer mak wt jual pagi2 kt kedai runcit nyer, juz 4 biji RM1 jer...



Bahan-bahan: 

 Bahan tuk sambal
1. Ikan (di rebus dan terpulang bpe ekor)
2. bawang merah dan halia (dikisar)
3. gula dan garam secukup rasa
4. halba (sedikit jer)
5. santan

Bahan tuk roti
1. tepung gandum
2. air secukupnya
3. serbuk mauripan
4. gula secukupnya
5. 1 biji telur 
6. 2 sudu besar marjerin
7. minyak tuk menggoreng

Cara memasak:

1. tuk wat sambal - ikan yang telah di rebus td, di buang tulang dan di kisar bersama santan. Masukkan lam kuali dengan api yg perlahan. (tanpa minyak k)
2. Masukkan pula bawang dan halia yg telah di kisar td. kacau sebati dan masukkan sedikit halba. 
3. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sambal kering sambil kacau dengan perlahan.
4. tuk roti lak -  kacau tepung gandum bersama telur dan marjerin. Masukkan sedikit air dan serbuk mauripan dan uli adunan sehingga ia menjadi doh. (jgn terlalu lembik k)
5. doh yang sdh di uli td, di bentukkan menjadi bulat (agak2 jer), dan di asingkan di atas talam/dulang, jarakkan setiap doh tersebut kerana ia akn naik/kembang. Biarkan ia dalam 1-2 jam (atau semalaman). 
6. Selepas itu, anda blh lihat doh tersebut akn nek, dan boleh lah di masukkan sambal di setiap doh td dan bentukkan ia seperti rajah di atas.
7. Boleh lah di goreng sehingga kekuningan dgn api yang perlahan k.

 

Saturday, January 1, 2011

KAILAN GORENG IKAN MASIN

Menu neh favorite ayah n mak ayu...ayu kurang ckit sbb nyer masin lerr...hihihi...

Bahan-bahan:

Sayur kailan
1 keping ikan tenggiri masin (dipotong kecil)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 inci halis (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar sos tiram
2 biji lada  (hiris)
sedikit air asam limau nipis
minyak

Cara memasak:

1. panaskan minyak lalu tumiskan ikan masin sehingga naik bau
2. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia. Selepas itu, masukkan sos tiram.
3. Masukkan pula sayur kailan dan lada. Kacau rata lalu tuangkan sedikit air dan biar seketika.
4. Boleh dihidangkan