Pages

Sunday, December 8, 2013

AYAM BLACK PEPPER BERSAMA KENTANG


Semalam teringin nak try buat ayam masak blackpaper...alhamdulillah percubaan pertama menjadi dgn resepi sendiri...Jom kongsi resepi kat bawah neh...hehe...


Bahan-bahan:

  • ayam
  • lada hitam/serbuk lada hitam
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • rempah kasar
  • bawang besar
  • kentang 
  • sos tiram
  • air
  • garam
  • gula
  • perasa

Cara memasak:

  1. tumis bahan hirisan seperti bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau bersama rempah kasar.
  2. masukkan pula sos tiram dan air tuk dapatkan kuah mengikut kesukaan sendiri...
  3. masukkan ayam dan lada hitam yg ditumbuk mengikut citarasa sendiri.tambahkan sedikit serbuk lada hitam sekiranya ada.
  4. biarkan ayam mendidih dan ayam masak. masukkan seterusnya kentang yg dipotong dadu, perasakan pula dengan garam,gula dan serbuk perasa mengikut kesukaan korang sendiri lah yer...
  5. biarkan kentang empuk dan kuah menjadi sedikit.
  6. hiaskan dengan hirisan bawang besar dan lada merah.
  7. sedia dihidangkan...

*kuah akn jadi pekat bila hidangan ni semakin sejuk

Thursday, June 13, 2013

Tepung Kapur Makanan Tradisi T'Ganu


Salam ceria semua...korang penah dengar tepung kapur. haaa...ni lah makanan tradisi yang berasal dari terengganu...biasa makanan ni kita buat tuk sarapan pagi...kedai kopi, warung, pasar tani biasa akan ada jual tepung kapur ni...rasa nya manis-manis lemak. jom kali ni rasa nak kongsi resepi my mum neh...

 
Bahan-bahan: 

  • 4 cawan tepung kapur
  • 3 cawan air
  • 1 keping manisan atau 1 cawan setengah gula melaka 
  • satu sudu kecil kapur makan
  • garam secukup rasa
  • kelapa parut

Cara Memasak:
  1. cairkan manisan dengan air di atas api yang sederhana. ketepikan dan sejukkan seketika
  2. masukkan manisan tersebut dengan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga sebati. masukkan pula kapur makan yang dicampur dengan air. 
  3. rasakan pula dengan sedikit garam untuk bagi lemak sedikit.
  4. kacau adunan sehingga sebati, jangan terlalu pekat atau cair,sederhana sahaja.
  5. setelah siap masukkan didalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
  6. kukus selama 30-40 minit atau sehingga masak.
  7. pastikan air kukusan mendidih dahulu baru kukus adunan tersebut.
  8. setelah masak, potong mengikut kesukaan dan gaul dengan kelapa parut.
  9. sedia dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang

Thursday, May 16, 2013

Maggi Goreng Cepat dan Sedap

Selamat menjamu selera kepada yang tengah lunch sekarang ni...tak ada apa yang nak di share kan hari ni,just nak post kan gambar yang membuka selera hari ini...maggi goreng...walaupun tak goreng atas api dan kuali tapi tuk menampung perut yang tengah kelaparan ni,ok lah kannn...



                    


Maggi segera yang khas tuk maggi goreng,banyak brand2 kat luar sane skrg ni...pilih je yang penting halal k...nak sedap lagi boleh letakkan sayur kobis,celur sekejap...goreng isi ayam n nugget,potong kecik2 pn sedapp n ok dahhh...pastu,gaul semua...makan...

Friday, April 26, 2013

My hOmeMade NASI AYAM



Bahan-bahan

Bahan rebusan ayam:

2 bahagian peha ayam
2 ulas bawang putih
2 cm halia diketuk

Bahan perapan:

1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit minyak bijan
1 cm halia ditumbuk

ayam dipotong, bersihkan dan lumur dengan 2 ulas bwang ptih dan halia yang ditumbuk/diketuk. rebus ayam tersebut hingga masak atau empuk.
toskan ayam dan perap dengan bahan perapan, tabur sedikit gula dan garam atau madu.perap selama 20 minit dalam peti ais.
goreng hingga keperangan, jangan terlalu garing sebab ayam akan jadi keras isinya.pastikan sedang2 jer.
angkat ayam dan ketuk sedikit sebelum dihidangkan.

Bahan nasi:

2 cawan beras
3 sudu besar butter/marjerin
1 cm halia ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit garam
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 kayu manis
1 btg serai
1 helai daun pandan
pewarna kuning
air rebusan ayam (bahan utama tuk nasi, sos dan kicap)

basuh beras dan toskan. panaskan butter, tumis bahan penumis,serai, halia dan bawang putih hingga garing
masukkan beras dan goreng sekejap sehingga naik bau.masukkan air rebusan ayam,garam dan sedikit pewarna.biarkan sehingga masak.

bahan sos/cili:
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 sudu teh cuka, garam, dan gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam.

kisar semua bahan di atas.

bahan kicap:
  • kicap manis
  • kicap masin
  • air rebusan
campur semua bahan tersebut

Bahan sup:
  • rempah sup
  • 1 biji bawang putih
  • 2 biji bawang merah 
  • garam
  • daun sup dihiris
  • bawang goreng
  • (nak guna rempah kasar pun blh tuk tumisan)

 Tumis bawang putih dan bawang merah. masukkan serbuk/rempah sup.tumis seketika.
masukkan air dan garam. Biarkan ia masak dan mendidih.sebelum dihidangkan boleh lah masukkan daun sup dan bawang goreng


haaa...siap... hidangkan bersama tomato, timun dan daun salad...






Wednesday, April 10, 2013

Wrap gulung Sosej


wrap gulung sosej neh sebenarnya dah lame dh buat tuk breakfast tapi ni baru dapat share gambar dan resepi sekali...
simple sgt...bdk2 msti suke...jom kite cuba buat wrap neh...


Bahan-bahan:

kepingan wrap
daun salad
sosej
sos cili
sos black paper
mayonis

Cara membuat:

rebus sosej sehingga masak,tos dan ketepikan.
panaskan kepingan wrap dia ats kuali tanpa minyak
selepas itu, amik kulit wrap tersebut dan sapukan dengan mayonis,sos cili dan sos black paper,letakkan daun salad dan sosej...
gulung wrap ngan bahan2 tersebut.potong wrap tersebut kepada dua bahagian macam gambar kat atas tuh...
hehehe...
simple kan...selamat mencuba...



Sunday, April 7, 2013

Mi Kari

lama tol tak makan mi kari,al maklum lah bila yang bersantan ni kurang ckit nak mkn tp...tiba-tiba je rasa nak try masak mi kari...ni lah percubaan pertama...alhamdulillah menjadi...hehe...


Bahan kuah:

  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 5 tangkai cili kering*
  • 3 sudu rempah kari
  • isi ayam di potong
  • bebola ikan
  • 1 mangkuk santan cair
  • garam dan gula secukup rasa
     (bahan yang bertanda * dikisar)

Bahan lain:
  • 1 biji telur rebus
  • sawi
  • mi kuning
  • tauhu kering

Cara membuatnya:
  1. tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau
  2. masukkan pula rempah kari dan tumis seketika
  3. masukkan isi ayam,biar seketika
  4. masukkan santan cair dan sedikit air,biar mendidih,masukkan bebola ikan,garam,gula secukup rasa
  5. angkat dan boleh lah dihidangkan bersama mi kuning dan sawi yang telah dicelur


Friday, March 29, 2013

Kerabu oh Kerabu


sekali sekala dapat makan nasi ngan lauk camne nikmat tol...hehe
hari tuh masa balik kg kt terengganu, sempat lah singgah makan tengahari kat kedai selera kampung, macam2 kerabu yang ade, mase tuh lauk lain tak terliur pun...kerabu oh kerabu.
sempat lah amik kerabu perot lembu ngan kerabu kacang botol...mabelesss...pekena lak ngan telor masin n terung goreng sambal...sedappp wehhh...
heeee...
mase neh kalau dah terliur tuh dah lupe dah semua diet2 neh...ape2 pun sedap,puas,kenyang dan harga berpatutan...
nanti ada mase,kiter shar2 resepi kerabu lak k...
 ok uollsss...
-salam-




 

Wednesday, February 20, 2013

Mee Goreng Basah


sejak my mom balik kampung, duk lah sorang2 kat umah...terpaksa lah rajin tuk masak sendiri.hehe...nasib baik rajin,kenyang lah jgk perot neh...semalam lapar punya pasal, sempat lah menggeledah peti ais...tgk2 der mee kuning ni...so fikir2 rase nak makan mee grg basah...last2 terhasillah mee goreng basah ni...jom tengok resepi yg simple ni

bahan-bahan:
(ni anggaran je sukatannya)
  • mee kuning
  • taugeh
  • sos cili
  • cili kisar/cili boh
  • kicap
  • fish ball
  • isi ayam
  • cili merah
  • air
  • telor
  • serbuk Secukup Rasa Maggi 
  • bawang merah,puteh


Cara memasak:
(sukatan bahan mengikut anggaran korang lah ye)

tumis bawang merah dan bawang puteh hingga naik bau dan layu.
masukkan cili kisar, sos cili, kicap dan air...biar ia mendidih dan masukkan serbuk secukup rasa
lepas tu masukkan ayam,fish ball.masak seketika.
masukkan pula mee kuning,sayur taugeh dan cili merah
setelah sebati boleh lah dihidangkan bersama telur mata..

selamat menjamu selera



Monday, February 18, 2013

Nasi Lemak my mom



kali neh bekpes pagi tadi ngan nasi lemak...
sangat2 kenyang sebab dah lewat makan tadi...kul 11 baru bekpes...huhu
ni lah nasi lemak my mum yang buat...sambal bilis nge ikan sekali,sangat2 sedap
nasi pun cukup rasa dan lemak
telor mata tak rupa telor mata dah,hehe...yang neh goreng sendiri tadi sebab ni je yang boleh lengkap kan selera.hehe...
yang penting timun mesti ada k...
ok, perot dah kenyang...dah boleh wat keje...



Maggi Special pedas



wahhh...sedap nyer...hehe...terperasan sendiri kan...
ni lah makanan yang saya suke masak kalau time lapar...biasa waktu malam je lah...
tapi bukan sembarangan masak maggi taw...
mesti special punyer sebab nak bagi kenyang dan puas ati.hehe
 bukan masak maggi 2 minit tp sampai 10 minit
hehe
jom saya nak kongsi resepi cara saya masak maggi
 

bahan-bahan:
  • maggi 1 bungkus
  • 1 biji telur
  • 1 ulas bawang putih dan 1 ulas bawang merah
  • sedikit sayur kobis
  • bebola ikan/ nugget
  • minyak untuk menumis
  • 1 sudu sos cili
  • 5 tangkai cili padi 
  • air secukupnya

cara memasak:
tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan layu.
masukkan 2 gelas air dan serbuk kari maggi.biarkan mendidih.
then, masukkan bebola ikan/nugget dan sos cili.biarkan masak sekejap.
masukkan pula cili padi,sayur,dan telur. kacau dan biarkan telur hancur
last masukkan 1 paket maggi...
setelah masak boleh lah dihidangkan panas2...

pasti terangkat kalo yang suka pedas...


*saya lebih suka kuah sedikit dan pekat

 




Sunday, January 20, 2013

LAKSA PENANG


 Bahan-bahan untuk kuah:
  • ikan kembung (direbus n amik isi nye)
  • bawang besar
  • bawang merah
  • belacan
  • cili kisar
  • asam keping
  • daun kesum
  • bunga kantan
  • laksa 1 paket (direndam 1 malam dan direbus) 
  • garam
Bahan-bahan hiasan:
  • telur rebus
  • timun 
  • lada/cili padi

 *kuantiti bahan-bahan terpulang atas korang lah yer nak wat banyak mana laksa tuh...


 Cara memasak:
  1. rebus ikan n amik isi ikan tersebut dan kisar/tumbuk.ketepikan
  2. masukkan air dalam periuk, masukkan isi ikan,cili kisar dan bawang yang telah dikisar.
  3. kemudian masukkan daun kesum,asam keping dan bunga kantan serta sedikit belacan tuk menambahkan bau dan rasa.
  4. masukkan garam dan perasa secukup nye
  5. setelah masak boleh lah di hidangkan bersama laksa n bahan-bahan hiasan.

*lagi banyak asam keping lagi sedap sbb kuah laksa penang lagi sedap kalau lagi masam...