Pages

Sunday, December 8, 2013

AYAM BLACK PEPPER BERSAMA KENTANG


Semalam teringin nak try buat ayam masak blackpaper...alhamdulillah percubaan pertama menjadi dgn resepi sendiri...Jom kongsi resepi kat bawah neh...hehe...


Bahan-bahan:

  • ayam
  • lada hitam/serbuk lada hitam
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • rempah kasar
  • bawang besar
  • kentang 
  • sos tiram
  • air
  • garam
  • gula
  • perasa

Cara memasak:

  1. tumis bahan hirisan seperti bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau bersama rempah kasar.
  2. masukkan pula sos tiram dan air tuk dapatkan kuah mengikut kesukaan sendiri...
  3. masukkan ayam dan lada hitam yg ditumbuk mengikut citarasa sendiri.tambahkan sedikit serbuk lada hitam sekiranya ada.
  4. biarkan ayam mendidih dan ayam masak. masukkan seterusnya kentang yg dipotong dadu, perasakan pula dengan garam,gula dan serbuk perasa mengikut kesukaan korang sendiri lah yer...
  5. biarkan kentang empuk dan kuah menjadi sedikit.
  6. hiaskan dengan hirisan bawang besar dan lada merah.
  7. sedia dihidangkan...

*kuah akn jadi pekat bila hidangan ni semakin sejuk