Pages

Thursday, September 20, 2012

Soto Ayam dengan Bergedil Kentang



walaupun saya orang Ganu kiter...senyum sokmo...tapiii...
saya suka menu dari Johor
terutama nye soto ayam ni
tambah lah dengan bergedil kentang
wahhh...
mabelesss


bahan-bahan:
  • setengah ekor ayam (rebus)
  • sup bunjut Adabi
  • rempah kasar  (untuk menumis)
  • *3 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • garam,gula dan perasa
  • Nasi impit segera Adabi (rebus)
  • suhun (digoreng)

Sos kicap:
  • 20 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap manis

Cara memasak:

Untuk Ayam: Rebus ayam yang telah dibersihkan, setelah  masak,tos kan ayam tersebut dan goreng sehingga kedikit kekuningan. setengah ayam sejuk, carik2 kan isi ayam tersebut.ketepikan.

Nasi Impit: rebus nasi impit segera sehingga  masak. ketepikan
Kuah Sup: kisar atau tumbuk bahan yang bertanda *, dan tumis bahan tersebut dengan rempah kasar. setelah naik bau dan garing, masukkan air rebusan ayam tadi/air putih. masukkan pula sup bunjut. masak sehingga mendidih. boleh masukkan tulang-tulang ayam. perisakan dengan garam,gula dan perasa secukupnya.

Sos Kicap: kisar semua bahan tersebut.

Lastly,tuangkan kuah sup ke atas nasi impit, bolehlah hiaskan soto dengan suhun goreng,ayam yg dicarik-carik, taugeh, daun bawang/daun sup dan bergedil kentang.




Wednesday, September 19, 2012

Nasi Goreng Ayam Sambal



ni nasi goreng ayam sambal
familiar kt area JB
jarang jumpa nasi goreng ayam ala2 masak merah kan?...
tapi kalo gi JB mmg diorang akan tnya kalo kita mintak nasi goreng ayam, nak ayam sambal atau ayam goreng saje
so, better order  nasi goreng ayam sambal
sbb sedap sgt2...
mcm mkn ayam masak merah ajer
kalo nak masak neh juz simple jer
goreng nasi cam biase...nasi goreng...
ayam sambal juz wat cam ayam masak merah yg korang taw


 



Nasi Goreng Pattaya


tadaaaaa.....!!!!!!

Nasi Goreng Pattaya


................

sangat2 sedap...

Sunday, September 16, 2012

Jeput Ketam+Popia Kentang


hari ni xrase nk mkn bnda berat, malas kot nk masak...nk kuo pn malas...nak rehat je kt umah...sbb hrni off...cuti umum...
so, ni je yg mampu masak hr ni...n rasenk kgsi resepi yg sgt simple neh

Jeput filamen ketam
  • Fillet ketam/isi ketam (byk jual kt psr raye)
  • 1 biji bawang besar
  • tepung gandum
  • air
  • garam
  • gula
  • telor 1 biji
  • cili padi
  • marjerin
gaulkan tepung gandum dgn telur dan marjerin sehingga sebati...then masukkan fillet ketam yg dihiris bersama bawang besar yg telah di cincang...then, masukkan air,garam,gula secukup rase dan adunan sebati. jangan terlalu keras n terlalu lembik k...last masukkan cili padi. biar seketika, dlm 15 minit...pastu baru lah goreng...


Popia Kentang

  • 3 biji kentang
  • kulit popia
  • 1 biji bawang besar
  • rempah kari daging
  • isi ikan sardin
  • garam,gula dan perasa
  • sos cili
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  1. hiris ubi kentang secara dadu, rebus sehingga separuh empuk, tos dan ketepikan
  2. tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, then masukkan rempah kari bersama air, tumis sehingga naik minyak
  3. masukkan pula ubi kentang,  bawang besar yg dicincang dadu.
  4. masukkan isi sardin yg telah dilenyek...nak sedap lagi,masukkan sedikit sos ikan sardin tuh.
  5. sebatikan pula dengan 1 sudu sos cili.
  6. lastly,masukkan garam,gula,perasa dan biarkan kentang masak dgn sebati...
  7. bila inti dh kering sedikit,sejukkan sebelum digulung nge kulit popia.

SELAMAT MENCUBA SEMUA