Pages

Wednesday, January 26, 2011

KASTAD JAGUNG



Bahan-bahan:

  • 1 liter susu cair
  • 200 gm jagung manis
  • 6 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar gula pasir

Cara membuat:

  1. campurkan tepung kastad dengan empat sudu besar susu cair. gaulkan sehingga sebati
  2. masukkan gula pasir dalam lebihan susu cair tadi dan masak hingga mendidih
  3. tuangkan susu panas ini ke dalam tepung kastad. masukkan jagung manis dan dikacau hingga rata
  4. tuangkan kastad ini ke dalam acuan dan simpan di dalam peti sejuk hingga keras.

Sunday, January 23, 2011

LALA MASAK MERAH


ayu dan ayah memang suka makan lala neh, segala yang sewaktu dengannya lah cam kerang, remis, kupang,dan sbg tapi kali ni ayu nak share resepi lala masak merah. masa masak ni ayu juz tolong-tolong mak aje...tolong kacau sambil usha2 bahan-bahannya...hehehe..

bahan-bahan:
  • 1 kg lala - dibersihkan dan di toskan
  • 1 inci halia
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar lada mesin/cili boh
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis
  • garam, gula, perasa secukup rasa
*kisar halia, bawang putih dan bawang merah bersama*

Cara memasak:

  1. panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang telah dikisar. kacau sehingga naik bau.
  2. masukkan cili boh/lada mesin, cili sos, kicap dan kacau sebati.
  3. masukkan air mengikut kuantiti lala yang digunakan. then, masukkan air asam jawa bersama garam, gula dan perasa. kacau dan masukkan pula lala
  4. tambahkan air sekiranya kuah di dalam kuali kurang,tutup kuali tersebut dan biarkan lala masak sehingga kuah sedikit pekat.
 

JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS


Resepi ini adalah dari mak ayu...sebab ayu paling suka makan jemput-jemput yang mak ayu buat tapi gorengnya adalah kerja ayu...hehe...pic di atas adalah adunan dari mak ayu dan hasilnya telah di goreng oleh ayu sendiri sebab mak ayu tak dapat nak goreng bulat2 camtuh...hehehe...

bahan-bahan: 

  • 2 cawan tepung gandum
  • setengah biji bawang besar / 1 biji - dihiris
  • sedikit ikan bilis - di tumbuk/di kisar kasar
  • 1/2 sudu teh baking powder/ boleh abaikan
  • sedikit air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • sedikit gula
  • sedikit garam
cara membuat: 
  1. masukkan tepung dan baking powder (tp mak ayu jarang letak, sebab tak sedap), kacau sebati bersama  marjerin, telur dan sedikit air sehingga adunan menjadi sederhana pekat.
  2. masukkan pula gula, garam, ikan bilis dan bawang besar ke dalam adunan. Kacau lagi.
  3. biarkan adunan tadi selama setengah jam atau 1 jam...
  4. then, barulah di goreng sehingga kekuningan dan masak
  5. hidangkan bersama pencicah/ sos cili.

Sawi Masak Tumis Air

Hari neh mak suh ayu masak sawi...tak taw nak masak apa, fikir punya fikir tumis air aje lah sebab dua lauk yang mak buat tak ada kuah...so, gantikan kuah nge sayur ni...hehehe...



Bahan-bahan:
  • sayur sawi
  • udang yang telah di buang kulit
  • 1 biji lada merah
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • sedikit air
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sedikit perasa
  • sedikit minyak
Cara memasak: 

  1. panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah di mayang halus. goreng hingga kekuningan dan naik bau.
  2. masukkan air mengikut kuantiti sawi yang digunakan bersama udang dan biarkan 1 minit. 
  3. masukkan garam, gula, perasa dan kicap. masak hingga mendidih dan barulah masukkan sayur sawi dan lada yang telah di potong...
  4. akhir sekali, boleh lah dihidangkan

Thursday, January 20, 2011

LAKSAM

Bahan-bahan:

*( 2-3 orang )

  1. 3 cawan tepung beras
  2. 1/2 cawan tepung gandum
  3. 4 cawan air suam 
bahan kuah:
  1. Ikan (direbus,dibuang tulang)
  2. 1 inci halia
  3. 2 biji bawang putih
  4. 4 biji bawang merah
  5. Sedikit lada hitam
  6. Santan
  7. 1 atau 2 keping asam keping
  8. Sedikit garam
  9. Sedikit gula
  10. sedikit perasa 
Bahan ulam:
  1. timun,kacang panjang,taugeh,kobis (dipotong halus) 
Bahan tambahan:
  1. cili mesin/sambal belacan
  2. belacan
  3. garam
  4. limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan tepung beras, tepung gandum dan air suam. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak untuk mengelak dari melekat. Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung, supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk dan kukus sampai masak. Ulang sampai adunan habis.
  3. Untuk kuah: tumbuk isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama santan, asam keping, garam, gula dan perasa. Masak sehingga agak pekat.
  4. Bahan tambahan: semasa menghidang masukkan ulaman, cili mesin dengan belacan,sedikit garam dan perahkan limau mengikut citarasa sendiri.

Wednesday, January 19, 2011

KEK COKLAT

kek coklat

Bahan-bahan: 

1. tepung gandum 1 cawan 1/2
2. serbuk koko 1/2 cawan
3. baking powder 1/2 sudu kecil
4. natrium bikarbonat 1/2 sedu kecil
5. minyak masak 1/2 cawan
6. air 1/2 cawan
7. susu pekat 1/2 tin
8. gula 1/2 cawan (dikisar)
9. telur 2 biji

* pastikan setiap sukatan menggunakan cawan yang sama
* resepi di atas untuk 1 biji kek yang sederhana kecil saiznya... sekiranya ingin saiz kek yang besar boleh gandakan sukatan tersebut contohnya 1/2 cawan menjadi 1 cawan....okey...

Cara Membuat:

1. ayak tepung gandum, natrium bikarbonat, baking powder dan serbuk koko.
2. ketepikan bahan yang di ayak.
3. kisar bahan-bahan yang selebihnya
4. kisar pula bersama bahan yang di ayak dan bahan yang dikisar bersama sehingga sebati
5. masukkan adunan tadi di dalam bekas yang disediakan
6. kukus kek tersebut selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga masak.

*pastikan sebelum kukus, air didalam kukusan tersebut mestilah mendidih dahulu dan barulah masukkan kek tadi di dalam kukusan

Friday, January 7, 2011

BUBUR NASI

Bahan-bahan:
  • beras
  • 1 inci halia - dihiris
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ketul isi ayam
  • air secukupnya

Cara memasak:

  1. tumis halia, bawang putih dan bawang merah.
  2. masukkan ayam dan beras
  3. tambahkan air dan rebus sehingga masak
p/s : hidangkan bersama telur masin, ikan bilis dan daun sup

MI REBUS

Bahan-bahan:

  • 100 gm mi
  • 50 gm taugeh
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu kecil ikan bilis - di tumbuk halus
  • 1 sudu besar cili
  • 30 gm udang

Cara memasak:

1. tumis bawang merah dan putih hingga naik bau
2. masukkan ikan bilis, serbuk kari dan cili. tumis hingga garing
3. kemudian masukkan udang dan kacau sebati
4. campurkan air sedikit, bubuh garam, gula dan perasa.
5. setelah kuah masak, angkat dan hidang bersama mi dan taugeh yang telah di celur
6. tambahkan sedikit tauhu goreng, lada,bawang goreng,dun sup, telur rebus semasa menghidang.

ASAM LAKSA

Bahan-bahan:

  • 150 gm laksa - dicelur hingga empuk
  • 6 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 ekor isi ikan - di kisar/tumbuk
  • secubit belacan
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 3 sudu besar cili kering
  • sebatang bunga kantan
  • segenggam daun kesum
Cara memasak:
1. rebus bawang merah, isi ikan, belacan,asam jawa, cili kering, bunga kantan dan daun kesum hingga masak
2. bubuh garam dan perasa
3. angkat dan hidang bersama laksa, hirisan timun, bawang hiris, cili padi, limau kasturi, fishcake dan telur rebus

Thursday, January 6, 2011

NANGKA MASAK LEMAK

Bahan-bahan:

1 kg nangka muda
600 gm daging
750 ml air
2 mangkuk santan
garam secukupnya

Cara membuatnya:

1. nangka dipotong kecil dan direbus hingga setengan masak
2. daging dipotong kecil dan dibersihkan. Rebuskan hingga lembut
3. masukkan santan , air dan garam.
4. apabila mendidih, masukkan nangka dan daging. masak lagi selama 15 minit.

HATI MASAK REMPAH

Bahan-bahan:

500 gm hati ayam
2 sudu besar cili kisar
1 biji kelapa - santan
2 batang serai - dititik
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan gula
minyak

Bahan dikisar:

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
sedikit lengkuas

Cara memasak:

1. hati ayam digoreng atau direbus
2. tumis bahan kisar hingga garing. masukkan santan dan masak hingga pekat
3. kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula dan hati ayam. masak hingga kering.

KERABU MANGGA

Bahan-bahan:

10 biji cili padi - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
2 helai daun kesum - dihiris
2 biji mangga
6 sudu besar jus mangga
1 ulas bwang besar - dicincang
1 sudu kecil perasa ikan bilis

Cara membuat:

mangga dibuang kulit dan dicincang memanjang
gaulkan mangga ini dengan cili merah, jus mangga, garam dan perasa ikan bilis hingga sebati
kemudian taburkan daun kesum.

ACAR ARAB

sape suka makan jeruk?... pedas?...hehe...ini adalah acar arab org panggil... sape yg nak makan jeruk buah-buahan yg pedas blh lah cuba sajian neh...biasanya kita akn jumpa acar neh kt kenduri kawen sbb ia dijamu bersama nasi minyak...

Bahan-bahan:

2 biji timun (dipotong memanjang)
10 sudu makan cili boh
2 biji bawang besar (dikisar)
10 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit buah-buahan 
gula, garam dan perasa

Cara memasak:

1. Tumis bahan yang dikisar bersama cili boh
2. setelah masak masukkan timun dan buahan-buahan jeruk, garam, gula serta serbuk perasa.
3. sedia dihidangkan.

PARU GORENG BERCILI

Simple jerr.... hehehe

Bahan-bahan:

1. 1/2 kg paru direbus dan dipotong nipis
2. 1 biji bawang besar
3. 5 ulas bawang putih
4. 5 tangkai cili merah
(bahan 2 - 4 dikisar)
5. sedikit garam, gula dan perasa

Cara memasak:

1. goreng paru yang telah dipotong
2. tumis bahan kisar sehingga naik bau
3. gaulkan dengan paru yang telah digoreng

Monday, January 3, 2011

KERABU SAYUR

kerabu neh tuk hidangan 4-5 orang k...



Bahan-bahan:

1. 5 batang kacau panjang (di hiris halus)
2. 1/2 kg taugeh
3. 1 ikat daun selom (dihiris)
4. 1 biji kelapa parut
5. 1/2 sudu makan kunyit

(bahan tuk dikisar)
5. 1 sudu makan ketumbar & jintan putih
6. 1 biji bwg besar
7. 5 ulas bwg putih

Cara memasak:

1. tumis bahan dikisar hingga naik bau
2. kemudian masukkan kelapa parut dan goreng sehingga masak. Ketepikan
3. sementara itu, masukkan semua sayuran ke dalam mangkuk. gaul rata.
4. ketika hendak menghidang, gaulkan bahan yg telah digoreng bersama sayuran td.

ROTI GORENG SAMBAL IKAN

Semalam ayu sempat tolong mak wat sambal ikan neh, sbb leh mkn tuk breakfast kan...tp banyak tol sambal yg lebih...tp boleh simpan lam peti ais tuk wat bnda len lak...roti neh mendapat sambutan sbb biasanyer mak wt jual pagi2 kt kedai runcit nyer, juz 4 biji RM1 jer...



Bahan-bahan: 

 Bahan tuk sambal
1. Ikan (di rebus dan terpulang bpe ekor)
2. bawang merah dan halia (dikisar)
3. gula dan garam secukup rasa
4. halba (sedikit jer)
5. santan

Bahan tuk roti
1. tepung gandum
2. air secukupnya
3. serbuk mauripan
4. gula secukupnya
5. 1 biji telur 
6. 2 sudu besar marjerin
7. minyak tuk menggoreng

Cara memasak:

1. tuk wat sambal - ikan yang telah di rebus td, di buang tulang dan di kisar bersama santan. Masukkan lam kuali dengan api yg perlahan. (tanpa minyak k)
2. Masukkan pula bawang dan halia yg telah di kisar td. kacau sebati dan masukkan sedikit halba. 
3. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sambal kering sambil kacau dengan perlahan.
4. tuk roti lak -  kacau tepung gandum bersama telur dan marjerin. Masukkan sedikit air dan serbuk mauripan dan uli adunan sehingga ia menjadi doh. (jgn terlalu lembik k)
5. doh yang sdh di uli td, di bentukkan menjadi bulat (agak2 jer), dan di asingkan di atas talam/dulang, jarakkan setiap doh tersebut kerana ia akn naik/kembang. Biarkan ia dalam 1-2 jam (atau semalaman). 
6. Selepas itu, anda blh lihat doh tersebut akn nek, dan boleh lah di masukkan sambal di setiap doh td dan bentukkan ia seperti rajah di atas.
7. Boleh lah di goreng sehingga kekuningan dgn api yang perlahan k.

 

Saturday, January 1, 2011

KAILAN GORENG IKAN MASIN

Menu neh favorite ayah n mak ayu...ayu kurang ckit sbb nyer masin lerr...hihihi...

Bahan-bahan:

Sayur kailan
1 keping ikan tenggiri masin (dipotong kecil)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 inci halis (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar sos tiram
2 biji lada  (hiris)
sedikit air asam limau nipis
minyak

Cara memasak:

1. panaskan minyak lalu tumiskan ikan masin sehingga naik bau
2. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia. Selepas itu, masukkan sos tiram.
3. Masukkan pula sayur kailan dan lada. Kacau rata lalu tuangkan sedikit air dan biar seketika.
4. Boleh dihidangkan

KUIH DERAM

Kuih deram neh sebenarnya ayu amik resepi dari seseorang yang menjual kuih neh...ayu xpenah cuba tp ayu suka makan...ni adalah resepi ayu nk kongsi kpd sape2 yg suka mkn kuih neh dan yg xpenah mkn sekaligus ingin mencuba membuatnya.


Bahan-bahan:

1. 600 gm tepung beras
2. 600 gm gula merah
3. Air secukupnya
4. Minyak

Cara memasak:

1. Masak gula merah dengan sedikit air hingga pekat
2. Masukkan tepung beras dan kacau hingga kental
3. Ambil sedikit adunan ini dan leperkan. Kemudian buatkan lubang ditengah2.
4. Goreng di dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.

p/s: blh juga gunakan gula melaka/nisan.